Nuffnang Adds

Monday, June 13, 2011

Persiapan Umrah 2


13hb Jun 2011 12.22 am
Pagi nanti akan menjelma.. Hati ini sudah x terkata-kata .. Tidak dapat ku bayangkan bagaimana perasaan ku ketika ini. Begitu juga dengan adik ku yang akan menjejakkan kaki pertama kali ke Tanah Suci Makkah. Tik tok tik tok masa berdetik detik.. Semakin ku amati semakin laju jam di dinding bergerak.

InsyaAllah segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Segala persiapan telah dilakukan seperti menghadiri kursus umrah anjuran Tabung Haji Travel untuk kali kedua pada 11hb Jun 2011. Semoga perjalanan kami ini dirahmati dan diberi kemudahan serta dilindungi oleh Allah s.w.t.

Saya akan berlepas ke Tanah Suci Makkah pada 13hb Jun 2011 di mana sebelum itu saya perlu menaiki penerbangan MAS ke KLIA dan mengikut kata mama kami perlu melaporkan diri pada pukul seawal 12 tgh hari d KLIA kerana bakal2 tetamu Allah perlu diberi taklimat terperinci oleh petugas2 Tabung Haji (TH).

Doakan kesejahteraan kami semua... Jemaah Umrah Malaysia ke Tanah Suci Makkah ..

Jumpa lagi Malaysia!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...