Nuffnang Adds

Tuesday, May 22, 2012

Dugaan itu baja


Allah itu Maha Besar. Maha Bijaksana. 


Petang semalam, akak gebus terdengar satu rancangan di radio Ikim.
Ustaz tu tengah bercakap tentang dugaan dan ujian buat hamba Allah. Sangat menarik ceramah itu. Lebih kurang begini maksudnya :


"Kalau kita nak bagi pokok tu besar, sihat, berbunga atau berbuah, mesti kita bagi pokok tu baja..betul?


Baja tu selalunya baunya busuk, tidak cantik, dan mungkin bertoksik, betul?
Tapi, bila kita bagi pada pokok serta disiram dgn air, apa hasilnya?
Pokok tu akan tumbuh lagi besar, dan mungkin menghasilkan buah yg manis atau bunga yg cantik..kaann?"


Terfikir sejenak akak gebus.


"Begitu jugalah dengan dugaan. Dugaan itu umpama baja yg busuk sbb dugaan ni selalunya pahit utk ditelan. Kaan?


Tapi bila kita bagi baja pada pokok, bila Allah bagi dugaan kepada manusia, kpd hambaNya, manusia itu akan lebih kuat, akan lebih mengerti erti kehidupan sebenar dan lebih dekat dgn Allah. Betul?


Dan Allah bagi neutralizer dugaan itu, kalau kita siram air pada pokok, Allah bagi kita semangat, sahabat dan keluarga tersayang disamping kita utk bantu kita hadapi dugaan tersebut dgn lebih cekal. Bila kita berdoa, pohon pada Allah, Allah bantu kita dgn cara penyelesaian yg terbaik. Betul?


Dan bila pokok tu dah terima baja dan air, bila kita dah terima dugaan dan penyelesaian, hasilnya sangat mengagumkan.


Buah yg manis, bunga yg cantik terhasil. Insan yg dulunya lemah, kini tumbuh bagai bunga yg mekar harum dan lebih berani. Buah yg dulunya selalu busuk, kini menjadi buah yg lebih matang dan manis rasanya. Begitu juga insan yg ditimpa dugaan itu. Menjadi insan yg lebih matang dalam membuat keputusan dan sabar menghadapi dugaan yg mendatang.


Indahnya Allah. Segala-galanya berlaku atas sebab yg tertentu.


Everything happens for a reason. I always believe this.
Do u? :)





That what makes you stronger.

Kenapa semua ni terjadi?
Kenapa aku??

Tu mungkin soalan yg selalu keluar dari mulut kita bila kita ditimpa sebarang musibah. Kaannn?
Xpelah kalau korang xnak ngaku tapi kalau akak gebus.. memang akak gebus salu camtu.
Macam la akak gebus ni sorang je yg kena musibah kan. Apa lah akak gebus ni..

Sehari dua ni, bila akak gebus dapat berita pasal ibu kawan baik akak gebus terlantar di hospital.. akak gebus sangat sangat sangat terkejut.
Berita ni datang tiba-tiba n akak gebus pon dah terlewat bila dapat tahu pasal berita menyedihkan ni.

Allah lebih menyayangi ibu sahabat akak gebus. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan sentiasa diberi rahmat olehNya.

Yang akak gebus kagum, sahabat baik akak gebus sangat tenang menerima berita ini. Dia redha. Akak gebus bersalam berpelukan dgn beliau tapi beliau sangat tenang. Beliau menangis dalam diam. Akak gebus yg dalam hati ada taman ni pulak yg menangis beriya tengok sahabat akak gebus  tu.
Malu diri ini.

Akak gebus masih ingat lagi sahabat akak gebus tu berkata,
 ' i'm not strong, but i'm trying to be. Trying my best.'
Akak gebus jawab: 'I know dear. But u are trying your best. That what makes you stronger.'

Tribute to Amni. And anyone who is strong enough to deal with your greatest loss.
:')


Monday, May 21, 2012

Insan tabah


‎pengalaman melihat dgn mata kepala sendiri bgaimana kecekalan seorang sahabat yg pasrah dan redha dgn pemergian insan tersayang..

kecekalan sahabat itu menjadi satu motivasi dan pendorong buat diri ini yg lemah lagi rapuh..
bagaimana sahabat itu menangis dalam diam..
bagaimana sahabat itu cekalkan hati dan perasaan..
bagaimana sahabat itu sungguh tenang..

Sahabat itu sgt tabah dan kuat..
malu diri ini yg menangis tatkala memeluk sahabat itu..
malu diri ini tatkala melihat ketenangan yg dipamerkan..
tahniah sahabat ku..

Allah mencintaimu.. sahabatku..
:')

Tribute to Amni..

Tuesday, May 15, 2012

Tudung Bawal :)

akak gebu dah lama dah berkecimpung dalam bidang biznez tudung bawal ni.. cuma xde masa nak upload kat blog aje.. sila usha ye u ollss.. :)
*coming soon gambar2 n post2 tudung bawal

tekan SINI link pesbuk.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...