Nuffnang Adds

Sunday, June 3, 2012

Kami Kelantanese

Akak gebus xpaham bila ade je puak-puak yang tidak berpuas ati ngan orang Kelantan ataupon ngan negeri ni sendiri.

Apa salahnya kami atau apa salahnya negeri ini pon tidak diketahui.

Mungkin kami tidak disukai kerana:

a. Sifat patriotik kenegerian kami sangat tinggi di mana kalau 'juppo gu' kat mane2 negeri dalam Malaysia ni kompem bleh terus 'kaccik'. *hanya orang Kelantan paham bahasa yang digunakan :)

b. Setiap kali cuti panjang atau public holiday atau apa-apa cuti sekalipon yang ade kat Malaysia ni.. Mesti jalan kat Kelantan jeeeeemmmmm macam kat Kolumpo. Betul ke tidak betul ke tidak betul ke tidak u olls? :)

c. Kebanyakan penduduk kat Keyell dan negeri-negeri lain tu sebenarnya adalah dari Kelantan.

d. Kat Kelantan lah tempat shopping barang-barang yang masyuukkk tanpa perlu keluar belanja yang masyyuukkkk jugak.. betul ke tidak betul ke tidak betul ke tidak u olls? :) bak kata pepatah 'jimaaatttt' 

e. Mungkin kami lebih putih melepak? Tehehee..

f. Makanan sedap dan MURAH?

g. Kerana kalau The Red Warrior ade game.. kami penuhi stadium?

h. Kerana Tuan Guru Nik Aziz adalah kesayangan kami?

i. Kerana Neelofa dari sini? :D


Kami bukan mahu mencipta jurang.
Kami pon bukan hendak mencari musuh.
Kami jemput anda ke negeri kami.
Bahkan kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Di mana pon kami berada, apa pon sebabnya, Kelantan tetap di hati kami.
Kami rakyat Kelantan, akan selalu bersatu, walau jasad terpisah beribu batu, Hati kami tetap SATU.

Jadi, cukuplah bersengketa. 
Hentikan lah cerca. 
Kita semua sama. 
Tidak ada yang sempurna.

Kami ada di mana-mana, kerana kami anak Kelantan selamanya.

:)

:)


Pesta Thai Kelantan 2012

Hai u olls!
Akak gebus baru je balik dari Pesta Thai yang diadakan kat Kota Bharu, Kelantan berdekatan ngan Masjid Muhammadi (Masjid Kota Bharu).


Waaaahhhhhh!! ramai tau manusia! Termasuk la akak gebus yg jalan nyot nyot nyot ni menyusuri liku-liku gerai yg ade..kihkih..


Berapa banyak gerai and berapa banyak duit dah keluar dari poket pon akak gebus xtau la ye sebab setiap kali pegi gerai satu satu tu mesti melekat and beli makanan yg dijual tu.
Haiiissshhh.. pantang betul la dgn makanan ni.. *sila tengok body terima kasih


Senarai makanan yang dah dibedal di Pesta Thai Kelantan 2012.


1. Somtam
2. Ikan telur *sangat rare .. hanya terdapat di Thailand
3. Otah-otah goreng
4. Pulut Mangga *di dua gerai berbeza
5. a. Roti Tisu Melayu
    b. Roti Tisu Chocolate
6. Dim Sum
7. Teh tarik
8. Lasa Thailand (laksa thai)
9. Ikan manis
10. a. Ice blended Honeydew
      b. Ice blended Pisang


*mungkin anda pengsan selepas membaca list ini. Maafkan saya. ;p


Taapiiiiii nanti duluuuuuu..!
Akak gebus makan beramai-ramai bukan lah akak gebus melantak seorang diri x ingat orang sekeliling. Sharing is caring kaaaannn? Speaking giteewww ..
And akak gebus pegi 2 round kat pesta ni pada hari yang berlainan okeh.. so list tu adalah sum up semua makanan yg akak gebus try laa... :)


So, kepada anda-anda yang ade kat Kota Bharu Kelantan, sila lah berkunjung ke Pesta Thai 2012 yang sedang hangat diadakan sekarang sampai lah bape haribulan Jun tah.. tapi cam da nak abes dah lah pesta tu. Mungkin 6hb kowt last.. Lepas ni Pesta Thai akan ke lokasi seterusnya di Terengganu. *tang mana kat T'ganu tu xdapat dek nak nolong coz dek pon xtau :)


Apa tunggu lagi..Jangan lepaskan peluang keemasan ini! *macam model iklan x? bahaha



Waaahhh giteeww abang ni tarrikk teehhh

Tariiikkkk laagggiiiii

Tuesday, May 22, 2012

Dugaan itu baja


Allah itu Maha Besar. Maha Bijaksana. 


Petang semalam, akak gebus terdengar satu rancangan di radio Ikim.
Ustaz tu tengah bercakap tentang dugaan dan ujian buat hamba Allah. Sangat menarik ceramah itu. Lebih kurang begini maksudnya :


"Kalau kita nak bagi pokok tu besar, sihat, berbunga atau berbuah, mesti kita bagi pokok tu baja..betul?


Baja tu selalunya baunya busuk, tidak cantik, dan mungkin bertoksik, betul?
Tapi, bila kita bagi pada pokok serta disiram dgn air, apa hasilnya?
Pokok tu akan tumbuh lagi besar, dan mungkin menghasilkan buah yg manis atau bunga yg cantik..kaann?"


Terfikir sejenak akak gebus.


"Begitu jugalah dengan dugaan. Dugaan itu umpama baja yg busuk sbb dugaan ni selalunya pahit utk ditelan. Kaan?


Tapi bila kita bagi baja pada pokok, bila Allah bagi dugaan kepada manusia, kpd hambaNya, manusia itu akan lebih kuat, akan lebih mengerti erti kehidupan sebenar dan lebih dekat dgn Allah. Betul?


Dan Allah bagi neutralizer dugaan itu, kalau kita siram air pada pokok, Allah bagi kita semangat, sahabat dan keluarga tersayang disamping kita utk bantu kita hadapi dugaan tersebut dgn lebih cekal. Bila kita berdoa, pohon pada Allah, Allah bantu kita dgn cara penyelesaian yg terbaik. Betul?


Dan bila pokok tu dah terima baja dan air, bila kita dah terima dugaan dan penyelesaian, hasilnya sangat mengagumkan.


Buah yg manis, bunga yg cantik terhasil. Insan yg dulunya lemah, kini tumbuh bagai bunga yg mekar harum dan lebih berani. Buah yg dulunya selalu busuk, kini menjadi buah yg lebih matang dan manis rasanya. Begitu juga insan yg ditimpa dugaan itu. Menjadi insan yg lebih matang dalam membuat keputusan dan sabar menghadapi dugaan yg mendatang.


Indahnya Allah. Segala-galanya berlaku atas sebab yg tertentu.


Everything happens for a reason. I always believe this.
Do u? :)





That what makes you stronger.

Kenapa semua ni terjadi?
Kenapa aku??

Tu mungkin soalan yg selalu keluar dari mulut kita bila kita ditimpa sebarang musibah. Kaannn?
Xpelah kalau korang xnak ngaku tapi kalau akak gebus.. memang akak gebus salu camtu.
Macam la akak gebus ni sorang je yg kena musibah kan. Apa lah akak gebus ni..

Sehari dua ni, bila akak gebus dapat berita pasal ibu kawan baik akak gebus terlantar di hospital.. akak gebus sangat sangat sangat terkejut.
Berita ni datang tiba-tiba n akak gebus pon dah terlewat bila dapat tahu pasal berita menyedihkan ni.

Allah lebih menyayangi ibu sahabat akak gebus. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan sentiasa diberi rahmat olehNya.

Yang akak gebus kagum, sahabat baik akak gebus sangat tenang menerima berita ini. Dia redha. Akak gebus bersalam berpelukan dgn beliau tapi beliau sangat tenang. Beliau menangis dalam diam. Akak gebus yg dalam hati ada taman ni pulak yg menangis beriya tengok sahabat akak gebus  tu.
Malu diri ini.

Akak gebus masih ingat lagi sahabat akak gebus tu berkata,
 ' i'm not strong, but i'm trying to be. Trying my best.'
Akak gebus jawab: 'I know dear. But u are trying your best. That what makes you stronger.'

Tribute to Amni. And anyone who is strong enough to deal with your greatest loss.
:')


Monday, May 21, 2012

Insan tabah


‎pengalaman melihat dgn mata kepala sendiri bgaimana kecekalan seorang sahabat yg pasrah dan redha dgn pemergian insan tersayang..

kecekalan sahabat itu menjadi satu motivasi dan pendorong buat diri ini yg lemah lagi rapuh..
bagaimana sahabat itu menangis dalam diam..
bagaimana sahabat itu cekalkan hati dan perasaan..
bagaimana sahabat itu sungguh tenang..

Sahabat itu sgt tabah dan kuat..
malu diri ini yg menangis tatkala memeluk sahabat itu..
malu diri ini tatkala melihat ketenangan yg dipamerkan..
tahniah sahabat ku..

Allah mencintaimu.. sahabatku..
:')

Tribute to Amni..

Tuesday, May 15, 2012

Tudung Bawal :)

akak gebu dah lama dah berkecimpung dalam bidang biznez tudung bawal ni.. cuma xde masa nak upload kat blog aje.. sila usha ye u ollss.. :)
*coming soon gambar2 n post2 tudung bawal

tekan SINI link pesbuk.. :)

Friday, April 27, 2012

Langkah pertama.

Buat apa Allah suruh.
Tinggal apa Allah larang.

Ungkapan yang ringan di mulut.. 
Tapi berat di badan.
Bukan?

I know because i've been through this so many times i'd forgot already how it really feels.
But that's why we're human. 

We need guidance and Allah had gave us His Quran and 
Nabi Muhammad s.a.w had left us the Sunnah.

Now it's upon us which way to choose. 
And our journey don't stop there, in fact, the journey has just begun.

In my journey, I'm still learning how to run after lots of trembling before. 
And now, i'm proud that i can walk. 
Not quickly but enough to catch my long lost way to Jannah.

My dua' for you too. A journey of a thousand miles begins with a single step.
Take your step today.
Chill :)




Short.

i never realized that i tend to write a post that is more likely of an essay.

Until now, i'll start to post something casual and light-and-easy to read.


Something as short as it can be.


Something like this.
Chill :)

How men are lucky

How men are lucky. Men wouldn't be questioned why are they working late on night. The answer is simple, to feed on his family.


If women do that, they will be executed by heart-breaking questions of why they are not at home baby-sitting their children.


How men are lucky. Men would be proud if their facial hairs grow. The younger the better. It shows how they mature immediately.


If women grow facial hairs, they would be laughed at. Saying that they are freak and boyish. The truth is, it's the hormone. They don't ask for it but they are given of it. Every cloud has its silver lining.


How man are lucky. To have a sexy six-pack belly when they work out and they don't even have to worry if they have to lose their shape and size after they are married. People would say they are happy in their marriage.


If women lose their shape and size after they are married, they have to worry. Because people would say that they don't know how to groom themselves to tackle their hubby's heart.


How pity the world have been. Oh no.. It's not the world. It's the people inside it.


So, if men are been given such gratitude,  why are there still men who want to change to women?
It doesn't make any sense. I don't see any sense out of it.


And women, be proud~ Coz there are bunch of men who would give their lives just to be a woman.
Chill.. :)

                                                       

Friday, April 20, 2012

tomcat dan saya

Lovebite bertubi-tubi mula muncul di leherku. Ohhh ini bukan cerita yg kanak-kanak xboleh baca..
Ini tentang kewujudan sejenis serangga yang kebanyakannya ada di sawah.

Sementelah lah umah sewa ku dekat aje dengan sawah ye.. maka bermaharajalela lah serangga ini dan ia merayap-rayap dengan senang-lenang tanpa menghiraukan kami di sekililing.

Kecik-kecik cili api sekali gigit merana berhari.. Cewwaahh! Boleh buat pantun pasal serangga ni haa.. Aahhhh!! Pantun x pantun hati ni sebenarnya terbakar je dgn serangga ni!

 'BINAAATAANGG! Tulah yg salu kuar dari mulut kitorang bila nampak mende alah ni. Huh! Berbulu mata ni tau x?

Kalau u olls penah lah bertemu dgn tetamu diraja kat umah kitorang ni.. haa.. sila lah ceritakan pengalaman korang plak ye.. :)

1 tips yg member2 i gtau.. jangan sesekali cuba penyet-penyet 'BINAATAANGG' ni sebab kalau sekali u olls bunuh ia, suku sakat ia plak akan datang balas dendam. Huahua.. revengeful betul menatang ni.. huh!


saiznye kecik je .. saje nak gempak2 sket zoom in :D

Nama panggilan : Cali
Nama saintifik : Tomcat
Nama manja2 : BINAATAANGG!

:s


Wednesday, April 11, 2012

Gempa bumi dirasa

gempa bumi yg baru dirasai oleh daku n teman2 ku di umah sewa kitorang yg ala2 apartment ni.. (apartment la sangaatt) bahaha..

Rabu, lebih kurang 4.30 - 5 ptg.. 11 April 2012..

klau kitorang yg jaoh bebenor dari tempat kejadian ni bleh rasai gegaran yg dikatakan setinggi 8.9 atau 8.5 skala richter tu.. camne la ngan mereka yg berada di Sumatera sana?

Doa kami sentiasa bersama kamu semua. :'s



Magnitude
8.7
Date-Time
Wednesday, April 11, 2012 at 08:38:38 UTC
Wednesday, April 11, 2012 at 02:38:38 PM at epicenter
Time of Earthquake in other Time Zones
Location
2.348°N, 93.073°E
Depth
33 km (20.5 miles)
Region
OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA
Distances
434 km (269 miles) SW of Banda Aceh, Sumatra, Indonesia
550 km (341 miles) SW of Lhokseumawe, Sumatra, Indonesia
963 km (598 miles) W of KUALA LUMPUR, Malaysia
1797 km (1116 miles) WNW of JAKARTA, Java, Indonesia
Location Uncertainty
horizontal +/- 14 km (8.7 miles); depth +/- 2.8 km (1.7 miles)
Parameters
NST=243, Nph=243, Dmin=514.3 km, Rmss=1.67 sec, Gp= 36°,
M-type=regional moment magnitude (Mw), Version=8
Source
Magnitude: USGS NEIC (WDCS-D)
Location: USGS NEIC (WDCS-D)
Event ID
usc000905e

klau xpaham tgk sini Gempa bumi sumatera rabu

Thursday, February 16, 2012

Sedap macam aiskrim

Oppss. Kalau u guys ingat ni entry pasal makanan. Anda saaaalah! Saje je nak bagi sedap-sedap sket bunyik tajuk entry ni barulah korang cam teruja-teruja sket nak baca kan kan kan? *tipu diri sendiri


Sebenarnya i nak share ngan u olls sal petikan kata-kata ni.. amek dari Prof. Dr. Muhaya. Suka sgt kat prof. sbb  bila berbicara beliau sangat tenang dan memberi inspirasi kepada para pendengarnya. Tq Allah sbb kurniakan hamba2-Mu yang berakhlak tinggi dan berbudi bahasa dalam hidup kami semua.

"Kita bahagia bukan bila dunia betul. Tapi dunia betul bila kita bahagia."


Well said, isn't it?


Satu hari satu dakwah. Bukannya susah. :)


apsal kamu kamu ni sedap sangat hah?

Wednesday, February 15, 2012

Dari kerana Mata

Mata. Masya-Allah. Mata adalah satu anugerah yg sangat3 bernilai untuk manusia sejagat. Bila xde mata, mesti korang dah xley nak baca post yg i tulis ni. Mesti korang xdapat nak menikmati pemandangan indah-indah di tepian pantai *bayangkan angin sepoi-sepoi bahasa dan ombak menghempas pantai


Bila xde mata xdapatlah balak-balak di luar sana nak usha awek-awek cun di sebelah mereka *Astagfirullahalazim tolong abaikan part ini


Sebenarnya nak kongsi petikan yg i dapat dari ustazah tentang Mata :

"Mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka ada dua. Mata yang menangis kerana takutkan Allah. Dan mata yang menjaga harta benda orang lain."

So people out there who work for other people just to take care of other people belongings, your job is not only 'just to take care' but is much much more than that. *kira berapa perkataan people yg ade

Bergembiralah wahai pakcik/makcik/abang/kakak security yg menjalankan tugas dgn baek utk menjaga harta benda dan keselamatan orang lain atas dasar tanggungjawab. Sebab mata anda dah selamat dari balasan api neraka. *bergantung kepada keizinan-Nya


Mata kita camne? & mata balak-balak di luar sana yang usha awek-awek cun di sebelah mereka?


:)


pinjam mata sat noh kak

Saturday, January 28, 2012

Nampak Malaikat & Syaitan

Apakah?? *perkataan pertama yg muncul dari mulut anda after baca tajuk post ini kan kan kan?

Ceritanya bermula begini:
Gallus gallus domesticus macam bunyi bahasa sepanyol lak ala-ala tajuk lagu giteww. Equus asinus lak cam nama orang sepanyol lak. Hoh! sesuai dah tu bleh jadi tajuk lagu ngan nama penyanyi.
Tetapi apakan daya,itu hanya rekaan semata-mata.

Gallus gallus domesticus mempunyai kebolehan yang dikurniakan oleh Allah utk mengesan kehadiran Malaikat-malaikat yang turun ke bumi. Setiap kali Gallus gallus domesticus ini nampak Malaikat yg turun ke bumi, mereka akan berbunyi. Kitew salu dengar haiwan2 ni berbunyi tau.. X percaya? 

Percaya la wey! Kitew x suka la tipu2 u olls.. ini ustazah kitew yg gitau tau.. Ada hadith sahih yg cakap pasal ni ok? *muka bangga

Manakala haiwan kedua, iaitu Equus asinus pula diberi oleh Allah kebolehan utk detect syaitonirojim. Yeeee...kalau diorang ni nampak syaiton2 ni, diorang pon akan berbunyi. So, kalau u ollss ade dengar binatang ni berbunyi, cepat2lah mintak perlindungan Allah. Ok?

p/s : Gallus gallus domesticus a.k.a AYAM a.k.a daging ko makan tiap-tiap hari suruh mak masak kicap
       Equus asinus adalah keldai atau keledai atau donkey atau apa-apa jelah korang nak panggil.

*Jadi bunyi yang dimaksudkan adalah berkokok dan meringkik. Saje je nak buat u olls cam curious curious sket. *mintak penampo 

228. Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok, mintalah anugerah kepada Allah, sesungguhnya ia melihat malaikat. Tapi apabila engkau mendengar keledai meringkik, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguan setan, sesungguhnya ia melihat setan. [249]

more info klik here : pesbuk page


ini Gallus Gallus. Cakap hai gallus2!

ini Equus.


Friday, January 27, 2012

Homemade Pizza!

Walaupon tidak sehebat PIZZA HUT ataupon DOMINO *muka poyo
tapi PIZZA KU totap soodaaapp!
Toppingnya menjadi pojaan hatiku.. huahua

Makan sampai kenyang :)

nampak sedap kan kan kan?

Eleehh..kalau xsedap nape drooolliinngggg je i tengok? :D
*nah amek tisu lap

Newborn Baby

Alhamdulillah.. Hari Jumaat. Hari mulia. Penghulu segala hari.
Hari di mana anak saudara ku yg ke 2 telah dilahirkan.
Bayi lelaki seberat 2.4 kg.
Dilahirkan pada 27 Jan 2012 pukul 8mlm lebey kurang.

Alhamdulillah ibu dan anak selamat.
*Yeay i got a nephew!!
:)

*mok cik makin tuwo :D

Saturday, January 21, 2012

Bolehkah berWudhuk dalam TANDAS?

Selama ni kita semua xtahu atau buat-buat x tahu atau x tahu yang diri tu x tahu tentang kesalahan kita mengambil WUDHUK dalam TANDAS.

Yaaaa..korang yg baca ni mesti penah kalau x sekali 2 kali atau 3-4 kali penah amek wudhuk lam toilet kan kan kan?? *sambil angkat kening

Skang kan memang rumah2 kita semua ada bilik air yg sekali ngan tandas sekali.. Jarang dah umah2 zaman sekarang ni yg ade tandas dan bilik air yg berbeza..

Haaaa..meh cheq nak habaq kat hangpa sumaa.. memanglah xsalah..taapiiii Kalau hangpa amek WUDHUK lam bilik air yg berserta toilet bowl atau lam bahse pasar nye mangkuk tingkat eh mangkuk tandas.. SILA AMEK PERHATIAN!!
Anda perlu membuka sedikit PINTU BILIK AIR tu sebelum mengambil wudhuk. Sekian.

Sabab dan musabab nye hamba kurang arif nak jelaskan tapi kalau ikut logik akal mangkuk tandas tu kan tempat kita melabur segala saham yg kita kutip aritu so ia adalah tempat yg kotor. Bila kita amek WUDHUK kita kan nak menyucikan diri utk menunaikan IBADAT, so patutkah kita amek wudhuk itu di tempat yg kotor?

Ok..ok.. memanglah korang x beyak berterabur and weewee (nama manja utk tencing) pon bersopan kaann.. *macam nampak je mana pergi percikan-percikan halus weewee tu sbb tu korang rasa tempat tu bersih huh.

Senang cter.. Bukak jelah PINTU BILIK AIR tu separuh before amek WUDHUK tapi pastikan time tu korang berpakaian menutup aurat supaya xbuat tayangan amal percuma .. :)

Lau korang rasa x bleh nak percaya sangat post kita ni sila lah ajukan soklan berkenaan hal ni dekat orang2 alim tentang agama ni ye. Kita cuma sekadar berkongsi maklumat yg kita dapat daripada ceramah ustazah2..

Amal maaruf nahi mungkar tu kan amalan kita semua? ^.^

sinki. toilet bowl. mandi bowl.

Air dalam microwave

Microwave adalah sejenis alat eletrik yg digunakan oleh orang2 yg nak kejar masa. Kenapa? Sebab microwave dapat menjimatkan tenaga dan gas dapur apabila tiba masa utk memanaskan makanan yg baru keluar dari peti sejuk.


Ya..sekarang zaman teknologi jadi orang2 yg malas *ehem maksud saya yg kejar masa dapatlah menjimatkan waktu mereka dgn menggunakan alat2 canggih manggih itu utk memudahkan kerja.


Tapi perlu diingat!! Microwave ade pro and con nye ye.. Maaf di sini saya xdapat nak bagi hujah2 lanjut ttg bahye nye bila guna menatang itu tapi saya bukan cakap kosong sbb saya memang penah baca kat somewhere about the dangerous of using microwave in your life.


If saya dah hilang kemalasan dalam diri nanti saya akan copy n paste hujah2 tersebut di sini ye.. Kalau ade yg xsabar sila bgtau nnt sy paste ASAP heh.


Satu tip yg saya belajar dari dapo umah sepupu saya pasal microwave ni.. Silalah letakkan segelas atau secawan air di dalam microwave semasa anda tidak menggunakannya. Saya pon xtau apa kes nya tetiba nak letak cawan or gelas berisi air lam tu tapi mengikut kata2 nujum pak belalang sepupu saya itu adalah utk kebaikan bersama.


Bila dah tengok air makin lama makin sikit TOLONG JANGAN JADI MALAS dan tambahlah air yang baru. Repeat aksi ini sampailah microwave tu dah masuk tong sampah. :)


Jadi..selamat mencuba!!


p/s: memang dah salu amalkan tip ni n salu tgk air lam cawan tu akan berkurangan sikit demi sikit. COOL...



Wednesday, January 11, 2012

Siapa Kita?


Wise Quote goes something like this :

Throughout our life
We will meet all sort of people
People who'll become our friends
and
people who'll become our foes

They are all like pieces of jigsaw puzzle
Each and every single of them
represents one little jigsaw
that
represents one little unique trait

Whether friends or foes
it all depends on Us
Whether the jigsaw puzzle fits or not
it all depends on Us
Whether the trait shapes us or shrinks us
it all depends on Us


At the end
We are who we are
now
Thanks to the collected puzzles
we have along our journey

At the end
We are who we are
now
Thanks to the collected puzzles
that completed the big picture

The BIG PICTURE OF LIFE
The BIG PICTURE OF OUR LIFE
and
that BIG PICTURE
is actually
YOU

Dengan siapa kita berteman
Orang itu akan sedikit sebanyak
mempengaruhi sifat, sikap dan watak
KITA
membentuk siapa diri kita dulu, kini dan selamanya

and don't worry
it won't stop
cuz it's an On-going Process
until the day
the clock stops
stops ticking for Us
^.^

Apa yg penting?? Kerjasama!!







Sunday, January 8, 2012

Time demam saya minum ini :

*Cough cough *sniff sniff *cough cough *saje mintak simpati time demam sesema ni lah tiba-tiba rajin nak post entry lam blog ni .. hewhew

Utk x memanjangkan cter and laptop ni pon xsuka i duk bersin-bersin depan dia so i nak kongsi ngan u olls apa yg i minum time i demam *temperature naek sket da merengek-rengek cakap demam terus nak manja-manja xley nak buat house chores la itu la ini la *wink

1. 100 plus
    Ini minuman adalah inovasi. Time i belajar sains dulu pasal cell ingat lagi cikgu bio *Hai Cikgu..pekabar?
    Sihat? :)  ajar i yg cell ni bleh jadi hypo, hyper and isotonik. Yang paling i ingat ofkos la isotonik sebab tu
    adalah balanced cell yg cukup air dan x terlebih air. :)

google punya jasa :)

2. Warm / Hot Honey Lemon drink
    Aaaahhhh~ need i say more?? Lepas minum ni memang akan rasa seperti diri dah x demam dan macam 
    badan diurut-urut macam kat spa *padahal paksa adik suruh urut kalau x xdapat henpon balik .. kiki
    Lepas minum terus terjun atas katil badan mengerekot dalam selimut pasang kipas paling slow kunci alarm 
    pukul 6.30 then papai semua i nak jumpa mimpi.. :)






Action Plan !!

Hai semua! Assalamualaikum .. long time no news aaaa? Aiiyyoooo..lepas dah bertahun-tahun (hiperbola lak kau!) xbukak ini blog tiba-tiba bukak tadi penuh ngan bunyi krik-krik cengkerik penuh ngan daun-daun keguguran bersepah-sepah..


Ok dah dah.. We get it Bulat.. No need to hiperbola segala.


Back to my main cerita.. Kita nak tunjuk kat kowang semua yg kita ade ACTION PLAN tau??
(tolong baca 'action plan' dgn intonasi 'ACTION KAMEENNN') 


Haaa haaa.. kowang ade? Kowang xde.. kita ade tau?


After so many years of waiting and waiting and waiting and nothing me n my brother have decided to do a rare quest~ 'Cleaning up our room!!'


Ok..malu kat orang kampung sekarang semua da tau ini adik beradik sangat malas nak kemas barang lam umah padahal tu barang-barang senirik yg bersepah-sepah cam kulit gula-gula di atas jalan.


So..di atas semangat kejiranan yg tebal dan memuncak-muncak kami pon beramai-ramai (hiperbola lagi .. sbnrnye 2 org je) mulalah mengemas bilik!! All the old and unwanted stuffs had gone down da drain and now only ade few old stuffs yg xtau nak campak mane.. kiki


Journey of da quest akan bersambung lagi tapi xtau bila sbb lepas da abeh quest pertama tadi diriku telah diserang sesema n demam sobsob *mintak simpati* n now i'm recovering.. :')


tulisan budak darjah tiga lagi cantik ok



Pitcha of da room time on going process xley tunjuk takut HORROR! Harharhar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...