Nuffnang Adds

Wednesday, November 23, 2011

Gajah dan kuman

Semasa menulis entry ini hati sedang membuak-buak marahkan ketidakadilan. Injustice bak kata orang putih. Sebab bila kita buat salah kecik kuman tapi kena marah besar gajah memang TIDAK ADIL LA WEY! 


Satu pesan la kat korang yg suka marah2 atau tegur kesalahan ngan sindiran atau cara kasar lagi2 depan2 tengah2 atau dalam tempat public (termasuk public toilet dan public phone) korang ni XDE sifat hormat dan belas kasihan ke kat orang yg korang marah tu?


Marah pon biar lah ada sebab yg munasabah dan kukuh jangan maen semborono je. *sesi luahan perasaan (bayangkan api keluar dari telinga dan hidung)


Kalau orang yg buat korang marah tu dah mintak maap and cakap xsengaja atau xtau, korang pon cool down la sket. Jangan nak tunjuk lagak lak bila orang mintak maap. Jangan ingat orang mintak maap tu sebab rendah martabat tapi sebab TINGGI BUDI PEKERTI.


Orang yg marah n xmudah maafkan orang tu lah sebenarnya lebih rendah martabat dari orang yg mintak maap tu.


So korang pikir2 kan lah ye.. Ingat.. jangan sebab kita di atas kita pandang orang bawah ngan mata sepet je. Mungkin satu hari nanti orang bawah tu pulak akan naik duduk atas kita *bukan naik atas badan tapi pangkat lebih tinggi dari kita.. tolong paham perumpamaan .. sekian.


Aku paling pantang bila kena marah depan orang ramai. Kalau nak marah pon biarlah beradab sket. Tolong lah jadi orang yg bertamadun bukannye orang kampung. *lepas ni orang kampung datang umah cari aku bawak kayu api


Utk tukang2 marah kat luar sana tu ingat.. Letakkan diri korang kat dalam kasut diorang sebelum korang cabut kesabaran dan kesusilaan dari dalam diri time nak marah public2 tu *translate put yourself in their shoes then u'll know how it feels been scolded in public


Maaf entry ni memang panjang dan penuh api *bayangkan api keluar dari skrin komputer/laptop/ipad/smartfon anda.


Sekian dari hati yang berapi-api. PAAAAANNAAASSSSSS ~
   
ini kuman
ini gajah
Nampak x beza nya??

Kawan xbaik

u'r not a good friend. 
I can feel that. But please..please humor me. 
Tell me that i'm wrong. I'm all wrong bout u.

Susah bila kita kenal seseorang 
tapi seseorang tu xkenal kita.

Susah bila kita dapat rasa feeling xbest bila jadi kawan dia.
Susah bila feeling tu x abes2 menyucuk dada.

U'r not a good friend. But please humor me..
Tell me that i'm all wrong.
I'm wrong bout u.

Baking

Ohhh ini saya suka. Saya buat lepas tu saya puji diri sendiri cakap sedap. :)

My red velvet

ini pon saya suka. Simple n tasty. Yummy!

My apam polkadot

Kenyang perut suka hati.

Friday, November 11, 2011

Mind your own Business

Wah wah tajuk kontroversi u oll.. Tolong jangan percaya semua ini hanya lah rekaan semata mata xde kena mengena ngan yg masih idup lagilah xde kena mengena ngan yg dah xde.. :)

Kita sajew jew nak kongsi cerita ngan u oll yg kitew semenjak dua menjak duk berkecimpung lam usaha menternak lemak kat badan ni idea-idea bisnes datang mencurah-curah di ladang gandum lah.. Kejap-kejap nak buat bisnes tu..kejap-kejap bisnes ni.. Tapi satu pon taraakk..

Dunia dunia.. *tiba-tiba

Dulu dalam fikiran yg berinovasi and berkualiti ni Eh nak la bukak bisnes jual tudung.. Bukan tudung saji tapi tudung bawal okay.. Bawal is forever like diamond is forever.. ceewaaahh! Tapi macam angin sepoi-sepoi bahasa berlalu camtu je..

Pastu datang fikiran lain nak bukak niaga makanan lak.. nak bake-bake ni.. sebab tiba-tiba kitew jadi chef kat rumah suka buat2 kek segala.. Hari tu kitew wat Red Velvet tau.. Kitew ajak kawan-kawan kitew datang makan..diorang cakap sedaaappp tau.. *senyum nampak gusi

Ingat nak buat kerjasama ngan kawan kitew yg bagi kita resepi red velvet tu Aqmar Ayub.. Kitew suka klau boley partner2 lam bakery2 ni.. Boley maen baling-baling tepung bersama.. Eh.

Nanti kitew nak try buat baaaaanyak lagi pastry2 ni.. Kalau menjadi air tangan kitew nak bukak la bisnes online.. Nanti u olls order la tau.. :)

my red velvet

masuk TV

Ok..hai semua! Lama betul i x update my blog ni kan.. beraya sakan la katakan.. (ewah ewah kau sorang je yg beraya x ingat dunia sampai berbulan bulan buat raya sandwich aidilfitri ngan aidiladha)


Apa apa pon Salam Aidiladha kepada semua yg menyambut hari raya ini dan bersama lah kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yg diberi wahyu oleh Allah utk menyembelih anakanda baginda Nabi Ismail a.s yg kemudiannya ditukar kepada seekor kibas tanda kebesaran Allah.


Semua orang dah tau tentang kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ..apa pulak pengorbanan dari anda? *Ayat penaja giteeww.. Ceritalah tentang kisah pengorbanan yg anda lakukan kat sini.. Sama sama kita berkongsi cerita..


Anyway..Korang penah rasa nak masuk tv x bila tengok satu2 drama tu? Yelah..disebabkan keberkesanan watak yg dibawa oleh para pelakon nya mmbuatkan penonton xsenang duduk n rasa cam nak masuk je lam tv tu pegi bagitau kat watak dalam tu apa sebenarnya dah jadi *terlalu banyak spend time nengok drama


courtesy of google




Bercakap soal pengorbanan n drama ni.. Kita teringat kat citer Soffiya yg pumpampumpam meletoopp kat TV3 tu kan.. Pengorbanan yg terpaksa dilakukan oleh Soffi bapak lah besar utk membahagiakan diri org lain dan bukan dirinya. *membayangkan diri senirik jadi soffi * perasan


Watak Fiona yg dilakonkan oleh Izara Aisyah lak yg memang jahat gileerrr sangat2 menjadi.. Tahniah izara sbb berjaya melakonkan watak jahat dengan begitu baik sekali.. *komen gaya pelakon terkenal giteeww


U telah membuatkan i rasa cam nak masuk tv nak baling kasut saiz lapan kat muka u sebab u jahat sangat tau.. xsuka xsuka xsuka! :)


Pelakon lain lam drama tu adalah Tiz Zaqyah selaku teraju utamanya, Azhar Sulaiman, Fizo Omar and ramai lagi.. Kak Ton pon best berlakon.. Sowie kak ton i xtau nama sebenar u lew.. :)


Anyway..drama tu dah pon habis n skang dah diganti ngan drama Tentang Dhia lak.. Nampak trailer nya cam besh tapi kita xsempat lagi nak cekidaut sbb busy *walhal xde keje duk menonong je sebab tu lah blog ni dah jadi projek terbengkalai.. :')


So..akhir kata.. kekalkan drama dalam tv je xpayah usung keluar ~

Thursday, October 6, 2011

Hamboih hamboih hamboih lama x update blog ni.. Orang raya sebulan engko raya sampai berapa bulan mek oii?  Sakan nye beraya x hengat donia ya sampai x terupdate blog kesanyangan muah muah ni..


Kiki.. alaaaaa... bukan i xnak update blog ni la pembaca-pembaca & tukang-tukang stalker semua (bajet diri ni artis de orang nak stalk-stalk giteeww) tapi i busy bersama kekangan masa and idea..


Ok..tipu la.. idea tu memang mencurah-curah macam iklan koko kranch melimpah-ruah di ladang gandum haa camtu jugak la idea yg datang singgah lam minda i ni.. Tapi nama lagi singgah kan so lepas idea yg besh-besh tu singgah dia pon terbang la pegi meninggalkan minda i ni tadi so kembali la xde idea .. T.T


So..InsyaAllah jika ada kelapangan esok lusa saya akan try update ruangan ni dgn cerita-cerita yg bukan hanya sekadar contengan tapi kalau boleh menjadi peneman para pembaca semua.. (ok..sekali lagi bajet diri ni blogger termasyur klik klik paparrazi amek gambar)


Till then.. t8 care u olls!

Monday, August 29, 2011

Menu Raya 2011

Hari ini adalah hari kedua last kita berpuasa. Bukan bermakna kita gembira Ramadhan telah berlalu tapi kita bergembira di Hari Raya Aidilfitri ini adalah kerana kita gembira kerana telah melalui satu bulan yang penuh rahmat dan berkat serta yakin telah mendapat keampunan dari Allah s.w.t.


Semoga bertemu lagi Ramadhan.. tsk tsk..


Okay..walaupon hati tengah bersedih sbb nak berpisah ngan ramadhan tapi hati jugak tetap gumbira bagai sebab nak sambut Aidilfitri yg memang i suka sbb dapat berkumpul ramai-ramai seisi kuarga sanak saudara jauh dekat duduk rapat-rapat..eh?


Satu lagi i suka sebab nak buat rumah terbukak bukan bukak pintu rumah x tutup-tutup bagi pencurik masuk tapi buat makan-makan nyum-nyum untuk saudara-saudara dan kawan-kawan semua.


Mama dah lama tanya and suruh siapkan menu puasa dan raya tapi anak xdengar kata so menu puasa terus terbengkalai cuma siap menu raya bagai. Memang sesuai i yang buat menu raya ni sbb nak tolong ketung ketang dan merasa di dapur adalah diri ini jugak jadi pilihan menu mestilah sedap-sedap sahaja *berangan chef


Jadi..taadaaa! menu raya 2011 kami gitu~


3 atas i yg buat 4 bawah mama

Tapi kan tapi kan tapi kan bila review balik menu ni ade yang kena cancel sebab xcukup bahan sob sob sob..

So kita tunggu jelah menu apa sebenarnya yg bakal ada time rumah terbukak nanti yerp?

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin!!

Friday, August 26, 2011

Satu biri-biri , dua biri-biri . . .

Biri-biri. Binatang berkaki empat berekor kontot. Berwarna putih dengan bulu yang bersimpul-simpul *lalat pon xnak masuk takut sesat xjumpa jalan keluar nanti terus jadi penduduk tetap.


Haiwan ini selalu diternak untuk diambil bulunya buat baju kot gebu yang mak datin salu pakai walaupon kat Malaysia ni cuaca panas terik berpeluh-peluh sakan segala.


beriya carik biri2 lam google




Tapi tahukah anda?? Biri-biri adalah satu-satunya haiwan yang boleh digunakan sebelum ttow bagi mereka yang insomnia xpon tetiba xleh ttow malam-malam sebab teringat kat cendol xsempat makan time berbuka tadi.


Pernah x korang try kaedah yang boleh dikira berjaya jugak lah ni kan sebab i dah penah try dulu and memang kesannya berhasil tapi tu bergantung pada tahap ketidakbolehtiduran seseorang tu okay.


Caranya mudah saja.. Ambik bantal selimut gebu-gebu siap atas katil / tilam / tikar / lantai pon boley asalkan anda selesa. Pastu letakkan kepala anda di posisi yang selesa di atas bantal tadi sambil tangan anda peluk bantal busuk ataupon balut diri dengan selimut macam dah xnak bangun.


Lepas anda yakin posisi anda berada pada tahap yang selesa, anda bolehlah mula menggunakan biri-biri sebagai pembantu ttow anda. Anda bayangkan *awan putih keluar dari atas kepala* haiwan putih bebulu ini sedang melompat-lompat melintasi pagar sambil anda mula mengira bilangan mereka.


'Satu biri-biri, dua biri-biri, tiga biri-biri, empat biri-ribi, lima ribi-ribi . . . '


Bila dah sampai tahap sebutan biri-biri berubah kepada ribi-ribi maka anda dengan rasminya sudah memasuki alam mimpi . So tunggu apa lagi.. try lah!


*mimpi biri-biri

Thursday, August 25, 2011

Anak buah

Okay..anak buah bukan bermaksud anak kepada buah-buahan yg terjual di gerai buah tepi jalan yang petang-petang orang balik opis singgah beli buat diet.


Anak buah bermaksud anak saudara atau anak kepada abang, kakak atau adik yang panggil kita makcik pakcik atau maklang paklang . In my case my niece panggil i cik muda. Uuuuu..yes..i memang akan selalu muda sebab sampai tua kerepot pon anak sedara i tetap akan panggil i Cik Muda.. Cik tua?? No no no !


Setakat ni Alhamdulillah i dah ada sorang anak sedara .. *tulis dgn muka jeles tengok membe2 yg dah berderet berduyun anak sedara aku baru sorang ..  Dan alhamdulillah sangat2 sebab anak sedara i ni tersangat lah cumell macam mak sedara dia kan *tiba-tiba


U xcaye? Jom usha pitcha anak sedara i yg i panggil Baby Licha ni.. well..naseb ko lah Licha dapat mak sedara suka cipta2 nama segala ni.. Hewhew..


Yang penting i sayang u lebey maa!! *sambil kira duit raya nak bagi .. singgit..dua hinggit.. tiga hinggit.. cukup la ni.. dak2 kecik xley pegang duit banyak2 nanti mak ayah dia yg amek.. kihkih


rase nak cubit2 x?


Rasa nak cubit cubit cubit kan? :)






Tips berguna hari ini : Suruhlah anak sedara u oll panggil gelaran yg awek2 muda sket so that dah tua pon panggilan tu still meletop boomboombam gitu!!


p/s : i mish u my little Licha~

Tuesday, August 23, 2011

Ayam Paprik ke Paprik Ayam?

Apa-apa pon nama yang betul tuk masakan ni i xkisah la janji rasa tetap sedap sampai jilat dasar pinggan..


So dah lama teringin nak masak senirik ayam paprik (or paprik ayam) i pon google la resipi ayam paprik *padahal pegi kat myresipi je pastu cari resipi ayam paprik then berlagak pandai kat dapor macam dah tau masak seribu jenis masakan walhal cuma nak masak ayam paprik je..


makcik-makcik kat kedai makan mesti gelak sebelah mata je baca post ni *eleh setakat ayam paprik makcik xyah google la resipi tu dik . malu .


tapi tapi tapi i tetap nak membanggakan diri i sebab i dengan usaha diri sendiri pegi kutip daun limau purut and cili padi kat pokok kat halaman umah sebab nak masak ayam paprik ni buat bukak puasa..


so tung tang tung tang siap la ayam paprik campak-campak (sebab men campak-campak je bahan-bahan..dah cakap berlagak pandai kan tadi :) .. walaupon nama x komersial tapi rasa menjilat kuku okay??!?






bukan periuk tu copy right of  blog ni


menumis

menggoreng


menggoreng lagi

Tadaaa! My Ayam paprik campak-campak


anak kucing warna oren

jumpa stray kitten warna oren.. *sangat comel .. bawak balik rumah .. *xdengar cakap papa tambah kucing kat umah.. haha


tadi masa otw (otw tu on the way.. kau ingat orang lain jakun ke xtau otw tu apa.. saje nak explain jugak) balik dari solat terawih kat surau dekat ngan umah ni kita terserempak dgn sekor kuceng ni.. alalala..


muka kuceng ni tomey-tomey cangat *geram2 tumbuk bantal buatkan hati kita tersentuh nak amek dia bawak balik rumah tambah koleksi kuceng-kuceng yg sedia ada.. Walaupon papa dah larang 'eh xyah bawak balik dekat sepuluh kali depan jiran lain kita tetap degil angkat kuceng sambil wat muka alaaaaaa boleh la boleh la..


pakai telekung solat lagi okay *noted ..


then tiba-tiba hujan turun rintik-rintik kemudian jadi lebat beserta guruh kilat segala so kita cepat2 lari balik rumah sambil dukung kuceng *padahal pegang ngan tangan je. saje wat ayat tacing


dah sampai umah papa suruh letak balik kuceng tu kat tempat asal *okay kita pon pegi la letak balik sambil hati nangis-nangis dan mulut terkumat-kamit sorry kucing my papa xbagi amek u.. Tiba-tiba anak kucing tu lari balik ke rumah i dan i pon xsanggup nak halau dia buat kali kedua so dengan otomatik nya kuceng tadi dianggap officially ahli kuceng umah kita.. Sweet kan?? o.O  cakap sweet cepat!


And kita tunggu la tengok esok progress kuceng tu di umah kita sebab kita kalau boleh memang nak kuceng tu ada sebab dia comel sangat-sangat geram macam nak cium-cium je tapi xboleh sebab allergic bulu kucing.


So little kitty..have a good nite sleep and take care of yourself! muah!


olololo tomey-tomey ni

Thursday, August 18, 2011

Pad dalam kasut ~

o.O ???
Mesti muka korang camtu kan bila baca tajuk post tu? Hahaha.. Okeh..muka i pon macam tu bila 1st time dengar cadangan sorang member i ni..

I kan keje part time promoter skang ni.. Gedik2 nak cari duit poket la kunun2.. Padahal duit minyak buat-buat xingat nak tolong bayar..hehe

Okeh..berbalik kepada tajuk asal entry kita kali ni.. I nak kongsi satu tips yg amat berguna ngan u oll.. Walaupon bunyik nye macam .. Whhaaatttt? Tapi ia berkesan.. (i dah try.. *.O)

Untuk siapa-siapa yg pekerjaan nya memerlukan kaki yang kuat tuk menampung jisim badan time bekerja.. Naaahhh!! Ni tip berguna untuk anda! 

Kalau tapak kaki anda selalu merungut dan membuat hal seperti enjin kereta lama.. Ahhaa! Ini dia..penyelesaian sudah tiba! (Tolong baca gaya iklan) Anda hanya perlu memasukkan pad / tuala wanita / roti kering / apa2 je yg korang panggil.. tidak terhad kepada brand apa2 pon okay.. Janji itu pad.. Ke dalam kasut anda..

Yaaaa... kasut anda.. Buka pelekat di belakang pad itu kemudian letak la di dalam kasut anda.. Sebagai pelapik kaki paling lembut dan boleh di tukar2 seminggu 2x tapi kalau nak jimat tukar sebulan sekali pon boley!! Tapi jangan pelik kalau member2 xnak jalan sebelah okay..

Kesan nya adalah.. Bila anda letak pad tu ke dalam kasut anda.. ia bertindak menjadi agen pelapik kaki anda yg sangat lembut dan dapat menyerap bebanan serta hentakan tapak kaki anda itu supaya bahagian kaki yang sangat penting tu x sakit lagi..

X percaya?? Percaya loorrhh.. I dah buat sbb tu berani cakap ni.. Hewhew.. *tulis sambil malu2

So..apa tunggu lagi? Kalau utk kaum adam plak.. lau malu ngan member2 - nape ko pakai pad orang pompuan ni weii?? .. Xyah la nak malu sangat sebab lau x caya tanya la dak2 kawat kaki kat sekolah2 di mana coach2 dorang suh letak mende alah ni lam kasut dorang.. 

Yelah..sebab nak dapatkan rentak hentakan kaki yang awesome perlu lah tapak kaki yang sihat dan kuat kan? kalau sakit camne nak kawat kaki bunga2 segala tu..

Sekian..lau xcuba xtau lau dah cuba baru tau!

*Harap maaf.. gambar pad xdapat diletak atas sebab malu

Thursday, August 11, 2011

Cheng Ho @ Kota Bharu ~

*Highlights of the day

YB Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat
Okay..i jumpa depan mata Tuan Guru.. Sangat2 teruja! Sampai jari xleh nak tekan 'snap' kat
henpon.. Sebab gambar Tuan Guru penuh lam skrin..


Chef Ismail
Chef Ismail cakap : 'Okay..saya tau kamu nak ambik gambar ngan saya kan?'
Jawab dalam hati : 'Nak nak nak !'

Pameran Barang-barang tinggalan Zaman Dahulukala





Untuk kemenyan


Sarang anai-anai tertulis khalimah Islam




Okay.. terus scroll ke bawah .. *takut tengok

Al-Quran tulisan tangan

Beras terkecil di dunia berkhalimah Islam


Peralatan Bedah Ibnu Sina *sila baca sign

Sebahagian Kiswah Kaabah

Pembuat Minyak Wangi *if i'm not mistaken la

Jam Matahari


Mesin Astronomi






Thank you my dearest sayang2 ku yg sudi hang out bersama

Love u sangat My Da Bomb!

Untuk kita-kita aje!!

Jumpa lu-lu yg PEMALAS ~

Hari ni gua nak kongsi luahan hati sket la kan *buat muka seposen .. Bila time keje ni..macam2 jenis manusia kita jumpa.. Ada yg sejukkan hati.. Ada yg membakar hati.. Pendek kata semua ada la.. Macam2 ade! Ewah..macam iklan astro lak..

*Entry ni kena ganaz sket so perlu guna gua (o.O)

Gua memang xpuas hati la bila tengok rakan2 setugas gua yg PEMALAS nak mati!! Ok la lau lu xleh nak tolong gua wat keje gua..sebab tu memang keje gua.. Tapi lau lu malas nak wat keje lu.. nak harapkan orang je.. Pastu asyik duk mengeluh aje 24 jam.. Memang la keje x jalan beb oii!!

Buat lu yg pertama :

Dari hari gua kenal lu.. Sampai la skang, lu asek2 ngan keluhan lu .. 'Mengantok lah' .. ' Bosan lah' .. 'Sakit itu lah.. inilah.. Lau orang sebu pendengaran cam my bucuk2 Ben 10 tu dengar pon naek rimas la wa cakap lu!! (Jangan marah sayang.. Keh keh)

Sindiran-sindiran tajam nak je meluncur laju kuar dari mulut gua yg manis ni tapi sebab ni bulan Ramadhan.. Bulan mulia gua tahan la kan and gua pikir lau gua cakap pon buat membazir air liur gua je sebab ketua lu tegur lu pon lu taaaaaak jugak berubah-ubah..

bersusah payah gua google gambar ni tuk lu-lu sekalian


Buat lu yg kedua :

Gua baru je kenal lu.. Kenal2 lu dgn men senyum2 je.. Pastu borak2 sket.. Pastu gua dapat rasa lu cam jenis yg suka borak2 time keje.. Jenis yg xsuka wat keje.. Suka suruh orang wat keje tapi lu duk menonggeng je kat situ.. (sorry ar bahse pasar gua dah kua)

Ade ke lu suh gua pegi letak hanger yg bukan gua punya brand pastu tempat tu pulak jauh.. Lau sebelah gua je.. Gua tutup mata pon boley.. Ini lu yg pegang hanger tu.. Apa kata lu yg pegi hantarkan.. Xsalah kan?? nape gua yg berhati lembut ni lak yg kena.. memang gua panas.. Tapi xpe lah.. Gua amek gak hanger tu.. tapi gua xpegi la letak kat tempat jauh tu.. Gua letak kat situ je.. Padan la muka lu.. PEMALAS nak mati!!

Yelah..Nape gua xberhati mulia tolong pegi letak ek? Sebab gua bukan orang suruhan lu la PEMALAS! Gua memang pantang jumpa orang yg xserious time keje.. Time keje keje la.. Time santai santai.. Hidup ni kena la pandai imbang.. kalau x terumbang ambing la kak oii!!

Sebelum hati gua makin menggelegak mencanang luahan2 yg xberhati perut kat sini.. Gua rasa gua patut stop dulu la.. Sebab marah tu kan nafsu.. Gua xmo dikawal nafsu.. Huhu

So..untuk lu-lu yg gua tegur ni.. Tolong la buat perubahan pada diri lu-lu tu.. Sampai bila orang kita nak maju kalau ada 100 orang cam lu-lu ni..

Teguran tuk lu-lu dan peringatan tuk diri sendiri jugak.. Wallahua'lam ~

Monday, August 8, 2011

'Dik..yang display punya ada x?'

Bapak la penat time wat keje part time ni dik oii..Cam nak tercabut tapak kaki haa..Baru la tau erti penat dan lelah bekerja ngan tulang 4 kerat snirik ~ i salute pekerja2 d Malaysia!

Yang aku ni pon satu.. Xde hal pegi cari hal.. Time bulan pose ni orang nak duk umah luang masa ngan pegi terawih.. Baca Quran sampai khatam.. Aku lak time bulan pose ni la kua pegi cari keje part time..
Huk huk.. Keje kat umah ni pon kira dah banyak tapi gedik xmo wat..

Nak cari duit poket snirik la.. Nak carik pengalaman la.. Haish.. nak sangat kan? Kan? Kan? Hah..amek kau! Keje ikut shift.. dari pagi sampai petang.. Xpon dari tengah hari sampai malam.. Ataupun full day dari pagi sampai la malam.. Ish ish ish..

Melepas la solat terawih aku kan.. Pose tu yelah.. memang la wat.. Harap2 pahala puasa aku xkurang la ek..
Mane le tau.. Keje promoter.. Time de customer datang meng'kubang'kan baju2 n seluar2 yg aku da lipat and susun canteekk punya tu.. Agak2 nak keluar jugak la perkatan2 kurang enak lam ati ni.. Tapi aki ingat puasa.. So..sabar weh.. sabar.. Aku pose.. aku pose..

Ok..xpe la.. Puasa.. so sabar la kan? Nak nak pulak.. dah berkubang cam puting beliung datang.. Xjadi beli lak tu.. Selai pon x amek! Haaa...time ni memang la darah agak mendidih dan cam nak meletup mulut tahan lidah dari cakap mende2 ngarut..

Xsampai ati nak selerak kan.. sobsob


Nasehat tuk para pembeli kat luar sana la kan.. Baju2 n seluar2 yang tersusun cantek tu bukan lah untuk anda datang dan bukak satu2 pastu tinggal kat situ cam longgok sampah ye.. Kalau boleh datang dan tanya kat promoter kat situ.. 'Dik..de yang display punya x?'

Time hati tu betul2 dah berkenan *dah xnak pandang yg len .. baru la suh adik promoter tu cari size yg seswai n kaler yg di ingini.. Tapi lau semua tu xde.. Jangan la marah ataupon wat muka masam cam tahan sembelit lak okay.. Dah xde rezki.. Nak wat camne.. Bukan nya si promoter tu xnak jual kat akak ngan abang poon.. *Kecuali time tu de sale pastu promoter tu da cop barang tu awal2 lagi.. So.. xde rezki la kan? *.* Keh keh

'Dik..yang display punya ada x?'
So..adik kakak abang pak cik makcik atuk n nenek kat lua sana tolong la hafal n praktik ayat ni time nak g shopim mopim okeh? Nak-nak time festive season ni.. Bukan anda saja yang nak beli baju n seluar baru tuk raya.. Orang laen pon nak jugak okay..

Bayangkan kalau ada 10 orang cam anda yg datang pastu bukak semua baju n seluar yg dilipat canteek kat supermarket tu.. Bukan setakat promoter.. Manager kat situ pon hangin.. So.. sama-sama la kita memartabatkan ukhwah dalam masyarakat kita OKAY??

Orang berbudi.. Kita Berbahasa ~ n_n

Friday, August 5, 2011

Penonton tu saya lah!! (bicara selebriti HAI)

Kehkeh.. bila dapat peluang tuk tanya soklan kat panel2 jemputan Bicara Selebriti .. Apalagi.. Jangan lepaskan peluang anis!! Bila lagi ko nak cakap ngan dowang semua ni.. Hew hew..


So dengan rasa gementar.. tangan terketar-ketar.. lutut cam xnak support je berat badan belon ni tuk bangun berjalan ke mike yg terletak berdekatan ngn tmpat duduk tu.. (nape la tempat aku duduk ni dekat sgt ngan mike.. *pura2 mengeluh) aku pon pegi la mengutarakan soklan..


Artikel lam Harian Metro


Soklan nya berbunyi begini :


Assalamualaikum .. Saya Anis Sofia dari Kota Bharu Kelantan. Saya ingin bertanyakan kepada Kak Wardina dan Abg Sham Kamikaze .. Dimanakah anda berdua mencari kekuatan untuk membuat transformasi diri dan bagaimana anda istiqamah dgn perubahan itu..


Dan ini soalan dari ibu saya.. Dia mintak abg sham kongsikan pengalaman bertemu dgn Imam Satu Masjidil Haram.. sehingga abg sham boleh berubah sedemikian rupa . terima kasih. *suara terketar-ketar cam jumpa polis.


*muka merah kaki longgar mata tunduk cari tempat duduk


Bila bonbon da duduk atas kerusi.. Fuuhhh.. beb..aku pg cakap kat mike td.. kat mike!! beratus mata tengok.. xkira mata panel2 tu lagi.. terbaek la!! Haha..


So..panel2 tu pon jawab la soklan yg telah dikumpulkan dari penonton tadi..


Tup tup sehari lepas tu.. my mama pon baca la sok kabar metro kan.. Jumpa artikel sal Bicara Selebriti HAI ni.. nak dijadikan citer yg lagi besh.. Artikel tu menyebut tentang jawapan Kak Wardina dan Abg Sham kpd soklan aku malam tu.. 


Hewhew.. okay..tipu la kalau hidung ni xkembang kempis okay ?



jawab soklan penonton.. hewhew.. i la tu!





Bicara Selebriti HAI !

Assalamualaikum semua! Yeah yeah yeah ! Disebabkan diriku ni sangat la xamek tau perkembangan semasa yg disebarkan dalam fb dan sebagainya maka aku hampir2 terlepas satu program bual bicara yg sangat lah menarik okay?!

Bicara Selebriti Hari Hiburan Islam (HAI) anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang telah diadakan selama beberapa hari (xtau exact days berapa.. kan da cakap i xamek tau latest news tadi..tsk) di Kota Bharu, Kelantan!

Ye i mek Kelate u oll!! So..dengan kegigihan my beloved cuzzy Kakya (tx a lot sbb mengajak adik sepupu u ni pegi ke acara2 camni.. insaf2.. tsk tsk..) menelefon ku selama 2 hari berturut-turut tuk ajak aku jalan-jalan cari ilmu (ececece) dalam program yg cukup2 bagus ini..

Tapi kitorg da terlepas tuk pegi ke malam tayangan filem 'Mihrab Cinta' (okay..google skang citer ni) .. director nye adalah Habiburrahman El Shirazy .. Penulis buku 'Ayat-ayat Cinta' dan banyak ag citer2 novel2 menarik yg jadik rebutan oleh pembaca2 novel bertemakan Cinta Islamik..

(i pon ade okay buku ni.. ingat minat Harry Potter je ke?)

Anyway..on 30 Julai 2011 hari tu.. my mama, me n my cuzzy, Mekya dapat la menjejakkan kaki ke Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan .. Pastu dah masuk lam tu diri ini pon menyebokkan diri mencari tempat duduk kosong tuk diisi oleh kami bertiga..

Dah dapat tempat yg agak syok (laupon bukan kat depan sekali sbb dah penuh) .. kami pon duduk la menunggu ketibaan panel2 jemputan ..

1. Pengacara TV Al-Hijrah : En. Amin Idris
2. Panel pertama : Dr. Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA)
3. Panel kedua : Kak Wardina Safiyyah
4. Panel ketiga : Abg Sham Kamikaze
5. Panel keempat : Ustaz Hasrizal (saifulislam.com)

Bicara Selebriti HAI


Lebih kurang kul 9.30 mlm tu semua panel2 jemputan tiba dan majlis berlangsung xlama kemudian.. Memang best dan xmengantok langsung time bual bicara ni diadakan sbb pengaranya abg amin idris sgt la pandai mengemudi program .. tahniah2! Gomo ore kelate kito! hehe

and kepada panel2 jemputan yg mengupas isu2 yg ditanyakan dgn penuh hemat dan bernas .. tahniah.. diharap program camni akan diadakan lagi di negeri kesayangan ku ini..

Rugi woo sape x gi!! Penuh satu balai islam tu dik oii.. sampai de yg berdiri-diri haa..

And i sangat la bertuah malam tu sbb dapat tanya soalan kat panel2! Satu2 nya penonton muslimah yg bertanya! kehkeh.. Malu2!

Thursday, July 28, 2011

Hadiah hari jadi yg paling menarik~

Ha ha ha !
Orang laen dapat hadiah itu lah ini lah
bler time befday..

Tapi pada hari yg comel ini si penyambut befday
yg comel jugak ni telah menerima satu hadiah 'spesel'
la untuk peringatan..

Ketumbit! Hoho..
Mungkin Allah nak befday gurl ni 
selalu ingat Dia tambah2 time hari dia di izinkan lahir ke
dunia indah yg penuh dugaan ini ..

So ketumbit ! Happy befday!

Sweet 21!

Happy Befday To You ..
Happy Befday To You ..
Happy Befday Happy Befday ..
Happy Befday To Yoouuuuuuu ...

28 Julai 1990
Pada tarikh yg comel inilah seorang bayi yg comel telah dilahirkan.
Kecomelan bayi tersebut telah menceriakan sebuah family yg jugak comel2 belaka..

Bayi perempuan inilah menjadi racun dan penawar bagi 
keluarga yg telah lama menginginkan seorang puteri bagi
menghiasi ruang comel di rumah ini..

Di celah2 duri ada sekuntum bunga comel sedang bertatih
untuk kembang mekar..
Dan sekarang dah besar panjang memang kembang pooonn!!
Addooooo !

Hew hew hew.. utk semua bayi2 yg dilahirkan pada tarikh 28 Julai ini 
xkiralah pada tahun berapa pon..
Selamat menyambut Hari Lahir ke dunia!

May all the happiness in this world be with you !
And me!
Hehee..

Dah tua dah kita.. Ngee..
Tapi ati masih muda okay?

Stay Cute and Sweet 21!

Pizza comel utk Si Comel yg sambut befday!

2 pizza comel okay? n_n

Wednesday, July 27, 2011

Aiskrim tak bergoreng ..

Ais-krim atau ice cream atau lam bahasa pasar yg aku salu guna adalah 'eskem'.. Ahhaa.. best kan bunyi nya? Macam cakap german lak.. Haha..

Anyhow.. Selalu nya kita dengar menu eskem yg di hidang kepada customer adalah spt banana split, sundae, cone, mcflurry eheee.. n macam2 lagi la kan yg de kat kedai tu yg aku xsempat nak usha and xkan larat nak hafal setiap satu jenis eskem tu..

Tapi penah kah anda mendengar 'Eskem goreng' ?? (gaya sebutan pembaca majalah 3)
 Haaa.. pelik kan munyik nya?? Tapi inilah yg di gelar pelik tapi benar.. Kejadian ni memang ada ye bukan rekaan semata-mata .. dan ia ada kena-mengena ngan yg hidup .. yg da xde tu wallahualam..

Haaa..aku time skolah dulu yelah .. still jakun ag kan.. (adoo) pegi lah kat salah satu supermarket yg dekat ngan skolah aku tu.. tup2 kat depan tu de la sorang abg ni jual eskem goreng.. Aku ngan muka n intonasi yg hairan dan pelik pon pegi lah menempelkan muka kat motor abang tu..

aku: abe..gapo dio ni?
abe: aiskrim goreng dik.. beli lah.. sedak nih.. rugi x beli..
aku: eh eh eh..pelik nyo lah.. xrajin sayo tengok makane gini.. Brapo yar so?
abe: seriya jah so.. xmahal pong.. Nok ko adik?
aku: nok nok nok.. so deh.. n_n

translation . . . . . . .


aku: abg..pe bende ni?
abg: aiskrim goreng dik.. beli lah.. sedap nih.. rugi x beli..
aku: eh eh eh..pelik nye.. xpenah saya tengok makanan camni.. Brape hinggit satu?
abg: seringgit je satu.. xmahal pon.. Nak ke dik?
aku: nak nak nak.. satu ye.. n_n


ini bukan site belaja bahse kelantan okay? hehee   o.O

tang tang tu jugak abg tu goreng eskem tu depan aku.. lagi la terbeliak mata aku ni haa.. (malu kat abg penjual tu..ish ish ish)

anyway..start dari situ la aku mula mengenali eskem goreng.. Sampai skarang aku still ingat ag kesedapan eskem tu.. and ke'thril'an bler pes (1st) time aku makan eskem goreng tu.. Sedap wooooo!! Menjilat kuku la beb..

p/s: eskem tu xcair okay time goreng.. bler geget tu ngap-ngap ag bunyi nya.. *takjub


Dan malam tadi..
Huuwaaaa... beriya-iya aku nak wat eskem goreng tu la kan.. Before goreng tu kena la buat acuan nya tu dulu.. Time buat acuan pon da FAIL!!  Tengok la esok jadi ke idak ye acuan tu.. lau xjadi.. makan eskem x bergoreng la jawab nye.. o.O


Mesti ade roti n eskem..


Gelek sket roti tu..

Letak eskem..



Kapit ngan roti ag satu..

Tekup ngan mende bulat..

Jadi la acuan eskem goreng..


* For full recipe u can get it here .. tq pada akak yg sudi kongsi resipi tu.. easy tapi i buat xjadi sbb tangan ni cam besi .. hoho ! Nnt nak try lagi.. aja aja fighting!!

u can also go to 
and
for more delicious and finger licking recipes ~
Happy cooking!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...