Nuffnang Adds

Wednesday, November 23, 2011

Gajah dan kuman

Semasa menulis entry ini hati sedang membuak-buak marahkan ketidakadilan. Injustice bak kata orang putih. Sebab bila kita buat salah kecik kuman tapi kena marah besar gajah memang TIDAK ADIL LA WEY! 


Satu pesan la kat korang yg suka marah2 atau tegur kesalahan ngan sindiran atau cara kasar lagi2 depan2 tengah2 atau dalam tempat public (termasuk public toilet dan public phone) korang ni XDE sifat hormat dan belas kasihan ke kat orang yg korang marah tu?


Marah pon biar lah ada sebab yg munasabah dan kukuh jangan maen semborono je. *sesi luahan perasaan (bayangkan api keluar dari telinga dan hidung)


Kalau orang yg buat korang marah tu dah mintak maap and cakap xsengaja atau xtau, korang pon cool down la sket. Jangan nak tunjuk lagak lak bila orang mintak maap. Jangan ingat orang mintak maap tu sebab rendah martabat tapi sebab TINGGI BUDI PEKERTI.


Orang yg marah n xmudah maafkan orang tu lah sebenarnya lebih rendah martabat dari orang yg mintak maap tu.


So korang pikir2 kan lah ye.. Ingat.. jangan sebab kita di atas kita pandang orang bawah ngan mata sepet je. Mungkin satu hari nanti orang bawah tu pulak akan naik duduk atas kita *bukan naik atas badan tapi pangkat lebih tinggi dari kita.. tolong paham perumpamaan .. sekian.


Aku paling pantang bila kena marah depan orang ramai. Kalau nak marah pon biarlah beradab sket. Tolong lah jadi orang yg bertamadun bukannye orang kampung. *lepas ni orang kampung datang umah cari aku bawak kayu api


Utk tukang2 marah kat luar sana tu ingat.. Letakkan diri korang kat dalam kasut diorang sebelum korang cabut kesabaran dan kesusilaan dari dalam diri time nak marah public2 tu *translate put yourself in their shoes then u'll know how it feels been scolded in public


Maaf entry ni memang panjang dan penuh api *bayangkan api keluar dari skrin komputer/laptop/ipad/smartfon anda.


Sekian dari hati yang berapi-api. PAAAAANNAAASSSSSS ~
   
ini kuman
ini gajah
Nampak x beza nya??

Kawan xbaik

u'r not a good friend. 
I can feel that. But please..please humor me. 
Tell me that i'm wrong. I'm all wrong bout u.

Susah bila kita kenal seseorang 
tapi seseorang tu xkenal kita.

Susah bila kita dapat rasa feeling xbest bila jadi kawan dia.
Susah bila feeling tu x abes2 menyucuk dada.

U'r not a good friend. But please humor me..
Tell me that i'm all wrong.
I'm wrong bout u.

Baking

Ohhh ini saya suka. Saya buat lepas tu saya puji diri sendiri cakap sedap. :)

My red velvet

ini pon saya suka. Simple n tasty. Yummy!

My apam polkadot

Kenyang perut suka hati.

Friday, November 11, 2011

Mind your own Business

Wah wah tajuk kontroversi u oll.. Tolong jangan percaya semua ini hanya lah rekaan semata mata xde kena mengena ngan yg masih idup lagilah xde kena mengena ngan yg dah xde.. :)

Kita sajew jew nak kongsi cerita ngan u oll yg kitew semenjak dua menjak duk berkecimpung lam usaha menternak lemak kat badan ni idea-idea bisnes datang mencurah-curah di ladang gandum lah.. Kejap-kejap nak buat bisnes tu..kejap-kejap bisnes ni.. Tapi satu pon taraakk..

Dunia dunia.. *tiba-tiba

Dulu dalam fikiran yg berinovasi and berkualiti ni Eh nak la bukak bisnes jual tudung.. Bukan tudung saji tapi tudung bawal okay.. Bawal is forever like diamond is forever.. ceewaaahh! Tapi macam angin sepoi-sepoi bahasa berlalu camtu je..

Pastu datang fikiran lain nak bukak niaga makanan lak.. nak bake-bake ni.. sebab tiba-tiba kitew jadi chef kat rumah suka buat2 kek segala.. Hari tu kitew wat Red Velvet tau.. Kitew ajak kawan-kawan kitew datang makan..diorang cakap sedaaappp tau.. *senyum nampak gusi

Ingat nak buat kerjasama ngan kawan kitew yg bagi kita resepi red velvet tu Aqmar Ayub.. Kitew suka klau boley partner2 lam bakery2 ni.. Boley maen baling-baling tepung bersama.. Eh.

Nanti kitew nak try buat baaaaanyak lagi pastry2 ni.. Kalau menjadi air tangan kitew nak bukak la bisnes online.. Nanti u olls order la tau.. :)

my red velvet

masuk TV

Ok..hai semua! Lama betul i x update my blog ni kan.. beraya sakan la katakan.. (ewah ewah kau sorang je yg beraya x ingat dunia sampai berbulan bulan buat raya sandwich aidilfitri ngan aidiladha)


Apa apa pon Salam Aidiladha kepada semua yg menyambut hari raya ini dan bersama lah kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yg diberi wahyu oleh Allah utk menyembelih anakanda baginda Nabi Ismail a.s yg kemudiannya ditukar kepada seekor kibas tanda kebesaran Allah.


Semua orang dah tau tentang kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ..apa pulak pengorbanan dari anda? *Ayat penaja giteeww.. Ceritalah tentang kisah pengorbanan yg anda lakukan kat sini.. Sama sama kita berkongsi cerita..


Anyway..Korang penah rasa nak masuk tv x bila tengok satu2 drama tu? Yelah..disebabkan keberkesanan watak yg dibawa oleh para pelakon nya mmbuatkan penonton xsenang duduk n rasa cam nak masuk je lam tv tu pegi bagitau kat watak dalam tu apa sebenarnya dah jadi *terlalu banyak spend time nengok drama


courtesy of google




Bercakap soal pengorbanan n drama ni.. Kita teringat kat citer Soffiya yg pumpampumpam meletoopp kat TV3 tu kan.. Pengorbanan yg terpaksa dilakukan oleh Soffi bapak lah besar utk membahagiakan diri org lain dan bukan dirinya. *membayangkan diri senirik jadi soffi * perasan


Watak Fiona yg dilakonkan oleh Izara Aisyah lak yg memang jahat gileerrr sangat2 menjadi.. Tahniah izara sbb berjaya melakonkan watak jahat dengan begitu baik sekali.. *komen gaya pelakon terkenal giteeww


U telah membuatkan i rasa cam nak masuk tv nak baling kasut saiz lapan kat muka u sebab u jahat sangat tau.. xsuka xsuka xsuka! :)


Pelakon lain lam drama tu adalah Tiz Zaqyah selaku teraju utamanya, Azhar Sulaiman, Fizo Omar and ramai lagi.. Kak Ton pon best berlakon.. Sowie kak ton i xtau nama sebenar u lew.. :)


Anyway..drama tu dah pon habis n skang dah diganti ngan drama Tentang Dhia lak.. Nampak trailer nya cam besh tapi kita xsempat lagi nak cekidaut sbb busy *walhal xde keje duk menonong je sebab tu lah blog ni dah jadi projek terbengkalai.. :')


So..akhir kata.. kekalkan drama dalam tv je xpayah usung keluar ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...