Nuffnang Adds

Monday, June 13, 2011

Persiapan Umrah 1



1.30 am 9 Jun 2011

Tiba-tiba hati dirundum rasa sayu dan sebak tatkala menulis entry ini utk di postkan di atas perasaan ingin berkongsi cerita dan pengalaman yg saya tempuhi dalam niat untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Entry kali ini saya menggunakan bahasa-bahasa yg agak ‘novel’ dan menggunakan lenggok ceritera yg agak berpuitis kerana didorong oleh rasa sayu tadi. Entry ini agak panjang dan diharapkan pembaca akan menyenangi setiap bait tulisan saya.

Ramai orang berpesan kpd sy bahawa jika ingin menjejak kaki ke Tanah Suci sbg tetamu Allah.. Kita perlu lah banyak bersabar dan bertaubat. Kerana dugaan dan cabaran yg datang kepada bakal tetamu Allah bukan lah sekadar picisan tetapi lebih kepada utk menguji nilai kesabaran seseorang itu.

Semakin tinggi iman seseorang itu, maka semakin tinggi la dugaan yg harus ditempuhi tidak kira dari segi fizikal atau mental serta spiritual. Pelbagai cabaran dan ujian perlu dilalui oleh tetamu Allah walau sekecil zarah sekalipun.

Bercerita mengenai dugaan dan ujian yg saya hadapi sebagai individu yg masih kurang ilmu Islam di dada sangat2 mencabar. Pernah terdetik di hati saya bahawa saya tidak mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana terlalu kecewa dgn ujian yg diberikan. Tetapi lantas saya cantas bisikan hati yg dirasuk minda bercelaru dgn menepis fikiran sebegitu.

Kata orang jangan berniat atau bermulut celupar jika ingin ke Tanah Suci kerana di sana apa2 saja mungkin terjadi. Jadi saya betulkan niat di hati dan berdoa kepada Allah Yang Esa supaya member semangat kekuatan dan kesabaran kpd saya agar lebih kuat menempuhi ujian di sini dan di Tanah Suci.

Bermula dari awal sebelum saya tamat semester akhir pengajian diploma.. mama sudah memberitahu saya ttg plan beliau utk membawa saya dan adik menunaikan ibadah Umrah. Pelbagai persiapan seperti gambar passport, visa dan salinan surat beranak saya sbg bukti muhrim perlu disediakan dan banyak hal yg terjadi di mana terdapat kekangan2 serta delay2 yg tertentu terjadi namun akhirnya Berjaya diatasi.

Selepas itu ujian tidak terhenti di situ di mana barang2 persiapan utk ke Tanah Suci masih belum siap dikemas walaupun hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kami semua berangkat. Perselisihan faham terjadi antara kami kerana keadaan yg agak tertekan dan masa yg singkat serta kerja yg masih banyak belum beres.
Saya pula mudah berjauh hati dan tersinggung seperti juga mereka yg lain jadi pelbagai perkara bermain-main di minda spt saya yg terdetik bisik2 yg tidak patut terjadi. 

Tapi saya kuatkan hati dan mentalbiah diri dgn mengingati Allah serta memotivasikan diri dgn member kata2 semangat spt ‘Ini adalah ujian Allah utk mu..Sebelum kamu berangkat ke Tanah Suci milikNya jadi terima lah dgn hati terbuka..’  dan berdoa semoga di sana nanti kami dipermudahkan urusan dan diberi Umrah yg mabrur InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...