Nuffnang Adds

Sunday, July 24, 2011

Catatan Umrah 2

14 Jun 2011 Selasa

Setelah kami sekeluarga dah cukup rehat so tibalah masa utk beribadah. Pada pagi hari yg indah itu kami semua bergerak ke Masjid Nabawi, masjid Rasulullah junjungan kita. Betapa indahnya pemandangan masjid itu yg dihiasi oleh payung2 gergasi yg akan terbuka ngan otomatiknya bila cahaya matahari terpancar di kaki langit..

Payung2 Gergasi


Indahnya lagi Masjid Nabawi itu adalah dengan hiasan para muslimin dan muslimat yg datangnya dari serata pelosok dunia dgn niat utk beribadah kpd Allah dan mengambil berkat berada di masjid Nabi Muhammad s.a.w. Ketika berada di Madinah, mutawif kami berpesan kami tidak perlu khuatir ttg penduduk setempat d sini kerana mereka adalah golongan yg lembut dan menghormati orang lain.

Benar kata-kata mutawif kami itu kerana rata-ratanya masyarakat di Madinah sangat lembut perwatakannya dan tidak sekasar penduduk di Makkah. Bukan la niat saya ingin memburukkan sesiapa cuma sekadar berkongsi cerita yg selalu diwar-warkan oleh orang ramai.

Setelah selesai solat subuh kami macam biasa la isi perut yg dah keluar lagu mintak di isi.. Lepas tu kami semua dibawa oleh Ustazah Ain yg berasal dr Indonesia utk melawat Maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar As-siddiq, dan Saidina Umar Al-Khatab, yg berada di dalam kawasan Raudhah di dalam Masjid Nabawi. Sebelum para jemaah dapat masuk ke Raudhah, kami perlu menunggu giliran mengikut negara masing-masing yg diaturkan oleh para petugas atau mak guard muslimah yg berada di situ.

SAtu perkara yg sy notice la kan.. Para petugas kat sana (mak guard n pak guard) kalau nampak je jemaah Malaysia mereka spt suka dan akan melayan jemaah Malaysia dgn baik. Maybe sbb kita pon berkelakuan baik kan. So..macam kata2 pepatah la.. Org beri kita rasa, org berbudi kita berbahasa.. Cewwaahh!!

FYI, Raudhah terletak di rumah Siti A'ishah r.a dimana di dalam rumah ini lah Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan SAidina Umar ditanam.. Di sini lah bersemadi nya jasad Nabi dan para pejuang Islam..

Nak masuk di Raudhah bagi muslimah ada waktu2 nya tapi muslimin bila2 masa pon boleh masuk.. Xtau kenapa wanita diberi time tertentu tapi lelaki x.. Ada la tu rasional nya yg pihak Arab Saudi pikir..
Setelah masuk ke Raudhah yg dihiasi karpet bunga2 hijau dan tiangnya warna keemasan dapat dirasa kelainan nya.

Hati sy sayu dan bersyukur krn pada usia muda dpt merasa nikmat utk masuk ke Raudhah..Bagi yg tidak tahu apa itu Raudhah.. Raudhah adalah salah satu tempat dari Taman-taman  Syurga.. Telah dilemparkan tanah-tanah dari syurga ke bumi yg menjadikan ia Raudhah dimana doa yg dipohon di sini Insya Allah mustajab..

Bila berada di Raudhah, keadaan di sini teramat lah sesak kerana para jemaah tidak mahu berganjak atau melepaskan peluang keemasan yg bukan selalu diperoleh. Alhamdulillah saya dan ibu dapat menunaikan solat di dalam kawasan Raudhah dan berpeluang masuk ke sini sebanyak 2 kali sepanjang berada di Madinah.

Hati ini teramat lah sayu bila saya memberi salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat .. betapa kuat nya rasa hati yg rindu dan rasa terima kasih kepada Rasulullah dan para sahabat yg berjuang utk menegakkan Islam di bumi Allah.. Sampai sekarang, jika diberi peluang, saya ingin kembali ke sana utk berada di Raudhah berhampiran dgn Maqam Rasulullah dan para sahabat..

Kemudian, setelah keluar dari Raudhah, kami ke perkuburan Baqi' dimana di sini lah Siti A'ishah ditanam bersama para sahabat dan syuhada'... Mengapa Siti A'ishah r.a.tidak mahu ditanam di rumah nya sendiri berhampiran Maqam suaminya Nabi Muhammad? Kerana di situ terletak nya maqam Saidina Umar r.a yg bukan mahram kepada beliau.

Beliau begitu menjaga adab aurat dimana sewaktu jasad Saidina Umar ditanam di situ Siti A'ishah memakai tudung di dalam rumah nya kerana beliau berkata roh Saidina Umar masih ada dan beliau harus menjaga aurat nya dari pandangan lelaki..
Masya-Allah!! Begitu tinggi nya adab nilai Siti A'ishah r.a .. Masih menjaga tatasusila walaupun setelah beliau meninggal dunia.. Semoga rahmat dicucuri ke atas nya..

Insya Allah kita juga akan menjadi seperti Siti A'ishah r.a ..

Jumpa lagi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...