Nuffnang Adds

Sunday, June 3, 2012

Kami Kelantanese

Akak gebus xpaham bila ade je puak-puak yang tidak berpuas ati ngan orang Kelantan ataupon ngan negeri ni sendiri.

Apa salahnya kami atau apa salahnya negeri ini pon tidak diketahui.

Mungkin kami tidak disukai kerana:

a. Sifat patriotik kenegerian kami sangat tinggi di mana kalau 'juppo gu' kat mane2 negeri dalam Malaysia ni kompem bleh terus 'kaccik'. *hanya orang Kelantan paham bahasa yang digunakan :)

b. Setiap kali cuti panjang atau public holiday atau apa-apa cuti sekalipon yang ade kat Malaysia ni.. Mesti jalan kat Kelantan jeeeeemmmmm macam kat Kolumpo. Betul ke tidak betul ke tidak betul ke tidak u olls? :)

c. Kebanyakan penduduk kat Keyell dan negeri-negeri lain tu sebenarnya adalah dari Kelantan.

d. Kat Kelantan lah tempat shopping barang-barang yang masyuukkk tanpa perlu keluar belanja yang masyyuukkkk jugak.. betul ke tidak betul ke tidak betul ke tidak u olls? :) bak kata pepatah 'jimaaatttt' 

e. Mungkin kami lebih putih melepak? Tehehee..

f. Makanan sedap dan MURAH?

g. Kerana kalau The Red Warrior ade game.. kami penuhi stadium?

h. Kerana Tuan Guru Nik Aziz adalah kesayangan kami?

i. Kerana Neelofa dari sini? :D


Kami bukan mahu mencipta jurang.
Kami pon bukan hendak mencari musuh.
Kami jemput anda ke negeri kami.
Bahkan kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Di mana pon kami berada, apa pon sebabnya, Kelantan tetap di hati kami.
Kami rakyat Kelantan, akan selalu bersatu, walau jasad terpisah beribu batu, Hati kami tetap SATU.

Jadi, cukuplah bersengketa. 
Hentikan lah cerca. 
Kita semua sama. 
Tidak ada yang sempurna.

Kami ada di mana-mana, kerana kami anak Kelantan selamanya.

:)

:)


2 comments:

Anonymous said...

SWEEETT..I LIKE ITS..;)

Anonymous said...

COZ I'M KELANTANESE TOO...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...