Nuffnang Adds

Showing posts with label ini DakwaH. Show all posts
Showing posts with label ini DakwaH. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Dugaan itu baja


Allah itu Maha Besar. Maha Bijaksana. 


Petang semalam, akak gebus terdengar satu rancangan di radio Ikim.
Ustaz tu tengah bercakap tentang dugaan dan ujian buat hamba Allah. Sangat menarik ceramah itu. Lebih kurang begini maksudnya :


"Kalau kita nak bagi pokok tu besar, sihat, berbunga atau berbuah, mesti kita bagi pokok tu baja..betul?


Baja tu selalunya baunya busuk, tidak cantik, dan mungkin bertoksik, betul?
Tapi, bila kita bagi pada pokok serta disiram dgn air, apa hasilnya?
Pokok tu akan tumbuh lagi besar, dan mungkin menghasilkan buah yg manis atau bunga yg cantik..kaann?"


Terfikir sejenak akak gebus.


"Begitu jugalah dengan dugaan. Dugaan itu umpama baja yg busuk sbb dugaan ni selalunya pahit utk ditelan. Kaan?


Tapi bila kita bagi baja pada pokok, bila Allah bagi dugaan kepada manusia, kpd hambaNya, manusia itu akan lebih kuat, akan lebih mengerti erti kehidupan sebenar dan lebih dekat dgn Allah. Betul?


Dan Allah bagi neutralizer dugaan itu, kalau kita siram air pada pokok, Allah bagi kita semangat, sahabat dan keluarga tersayang disamping kita utk bantu kita hadapi dugaan tersebut dgn lebih cekal. Bila kita berdoa, pohon pada Allah, Allah bantu kita dgn cara penyelesaian yg terbaik. Betul?


Dan bila pokok tu dah terima baja dan air, bila kita dah terima dugaan dan penyelesaian, hasilnya sangat mengagumkan.


Buah yg manis, bunga yg cantik terhasil. Insan yg dulunya lemah, kini tumbuh bagai bunga yg mekar harum dan lebih berani. Buah yg dulunya selalu busuk, kini menjadi buah yg lebih matang dan manis rasanya. Begitu juga insan yg ditimpa dugaan itu. Menjadi insan yg lebih matang dalam membuat keputusan dan sabar menghadapi dugaan yg mendatang.


Indahnya Allah. Segala-galanya berlaku atas sebab yg tertentu.


Everything happens for a reason. I always believe this.
Do u? :)





Thursday, February 16, 2012

Sedap macam aiskrim

Oppss. Kalau u guys ingat ni entry pasal makanan. Anda saaaalah! Saje je nak bagi sedap-sedap sket bunyik tajuk entry ni barulah korang cam teruja-teruja sket nak baca kan kan kan? *tipu diri sendiri


Sebenarnya i nak share ngan u olls sal petikan kata-kata ni.. amek dari Prof. Dr. Muhaya. Suka sgt kat prof. sbb  bila berbicara beliau sangat tenang dan memberi inspirasi kepada para pendengarnya. Tq Allah sbb kurniakan hamba2-Mu yang berakhlak tinggi dan berbudi bahasa dalam hidup kami semua.

"Kita bahagia bukan bila dunia betul. Tapi dunia betul bila kita bahagia."


Well said, isn't it?


Satu hari satu dakwah. Bukannya susah. :)


apsal kamu kamu ni sedap sangat hah?

Wednesday, February 15, 2012

Dari kerana Mata

Mata. Masya-Allah. Mata adalah satu anugerah yg sangat3 bernilai untuk manusia sejagat. Bila xde mata, mesti korang dah xley nak baca post yg i tulis ni. Mesti korang xdapat nak menikmati pemandangan indah-indah di tepian pantai *bayangkan angin sepoi-sepoi bahasa dan ombak menghempas pantai


Bila xde mata xdapatlah balak-balak di luar sana nak usha awek-awek cun di sebelah mereka *Astagfirullahalazim tolong abaikan part ini


Sebenarnya nak kongsi petikan yg i dapat dari ustazah tentang Mata :

"Mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka ada dua. Mata yang menangis kerana takutkan Allah. Dan mata yang menjaga harta benda orang lain."

So people out there who work for other people just to take care of other people belongings, your job is not only 'just to take care' but is much much more than that. *kira berapa perkataan people yg ade

Bergembiralah wahai pakcik/makcik/abang/kakak security yg menjalankan tugas dgn baek utk menjaga harta benda dan keselamatan orang lain atas dasar tanggungjawab. Sebab mata anda dah selamat dari balasan api neraka. *bergantung kepada keizinan-Nya


Mata kita camne? & mata balak-balak di luar sana yang usha awek-awek cun di sebelah mereka?


:)


pinjam mata sat noh kak

Saturday, January 28, 2012

Nampak Malaikat & Syaitan

Apakah?? *perkataan pertama yg muncul dari mulut anda after baca tajuk post ini kan kan kan?

Ceritanya bermula begini:
Gallus gallus domesticus macam bunyi bahasa sepanyol lak ala-ala tajuk lagu giteww. Equus asinus lak cam nama orang sepanyol lak. Hoh! sesuai dah tu bleh jadi tajuk lagu ngan nama penyanyi.
Tetapi apakan daya,itu hanya rekaan semata-mata.

Gallus gallus domesticus mempunyai kebolehan yang dikurniakan oleh Allah utk mengesan kehadiran Malaikat-malaikat yang turun ke bumi. Setiap kali Gallus gallus domesticus ini nampak Malaikat yg turun ke bumi, mereka akan berbunyi. Kitew salu dengar haiwan2 ni berbunyi tau.. X percaya? 

Percaya la wey! Kitew x suka la tipu2 u olls.. ini ustazah kitew yg gitau tau.. Ada hadith sahih yg cakap pasal ni ok? *muka bangga

Manakala haiwan kedua, iaitu Equus asinus pula diberi oleh Allah kebolehan utk detect syaitonirojim. Yeeee...kalau diorang ni nampak syaiton2 ni, diorang pon akan berbunyi. So, kalau u ollss ade dengar binatang ni berbunyi, cepat2lah mintak perlindungan Allah. Ok?

p/s : Gallus gallus domesticus a.k.a AYAM a.k.a daging ko makan tiap-tiap hari suruh mak masak kicap
       Equus asinus adalah keldai atau keledai atau donkey atau apa-apa jelah korang nak panggil.

*Jadi bunyi yang dimaksudkan adalah berkokok dan meringkik. Saje je nak buat u olls cam curious curious sket. *mintak penampo 

228. Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok, mintalah anugerah kepada Allah, sesungguhnya ia melihat malaikat. Tapi apabila engkau mendengar keledai meringkik, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguan setan, sesungguhnya ia melihat setan. [249]

more info klik here : pesbuk page


ini Gallus Gallus. Cakap hai gallus2!

ini Equus.


Saturday, January 21, 2012

Bolehkah berWudhuk dalam TANDAS?

Selama ni kita semua xtahu atau buat-buat x tahu atau x tahu yang diri tu x tahu tentang kesalahan kita mengambil WUDHUK dalam TANDAS.

Yaaaa..korang yg baca ni mesti penah kalau x sekali 2 kali atau 3-4 kali penah amek wudhuk lam toilet kan kan kan?? *sambil angkat kening

Skang kan memang rumah2 kita semua ada bilik air yg sekali ngan tandas sekali.. Jarang dah umah2 zaman sekarang ni yg ade tandas dan bilik air yg berbeza..

Haaaa..meh cheq nak habaq kat hangpa sumaa.. memanglah xsalah..taapiiii Kalau hangpa amek WUDHUK lam bilik air yg berserta toilet bowl atau lam bahse pasar nye mangkuk tingkat eh mangkuk tandas.. SILA AMEK PERHATIAN!!
Anda perlu membuka sedikit PINTU BILIK AIR tu sebelum mengambil wudhuk. Sekian.

Sabab dan musabab nye hamba kurang arif nak jelaskan tapi kalau ikut logik akal mangkuk tandas tu kan tempat kita melabur segala saham yg kita kutip aritu so ia adalah tempat yg kotor. Bila kita amek WUDHUK kita kan nak menyucikan diri utk menunaikan IBADAT, so patutkah kita amek wudhuk itu di tempat yg kotor?

Ok..ok.. memanglah korang x beyak berterabur and weewee (nama manja utk tencing) pon bersopan kaann.. *macam nampak je mana pergi percikan-percikan halus weewee tu sbb tu korang rasa tempat tu bersih huh.

Senang cter.. Bukak jelah PINTU BILIK AIR tu separuh before amek WUDHUK tapi pastikan time tu korang berpakaian menutup aurat supaya xbuat tayangan amal percuma .. :)

Lau korang rasa x bleh nak percaya sangat post kita ni sila lah ajukan soklan berkenaan hal ni dekat orang2 alim tentang agama ni ye. Kita cuma sekadar berkongsi maklumat yg kita dapat daripada ceramah ustazah2..

Amal maaruf nahi mungkar tu kan amalan kita semua? ^.^

sinki. toilet bowl. mandi bowl.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...